NOTIS PRIVASI
27 DECEMBER 2023
"Privasi anda adalah yang terutama dan paling penting buat kami."
Kami tahu inilah yang dinyatakan dalam setiap notis privasi. Namun, ini bukanlah kata-kata kosong. Anda meletakkan kepercayaan anda kepada kami dengan menggunakan perkhidmatan MyStay.my dan kami menghargai kepercayaan tersebut. Ini bermakna kami komited untuk melindungi dan menjaga data peribadi anda. Kami bertindak bagi kepentingan pelanggan kami dan kami telus mengenai pemprosesan data peribadi anda.
Dokumen Notis Privasi ini menerangkan bagaimana kami
menggunakan dan memproses data peribadi anda, yang disediakan dengan cara yang
mudah dibaca dan telus. Ia juga memaklumkan anda hak yang anda dapat laksanakan
sehubungan dengan data peribadi anda dan bagaimana anda boleh menghubungi kami.
Sila juga baca Notis Kuki kami, yang memaklumkan anda bagaimana MyStay.my
menggunakan kuki dan teknologi penjejakan yang seumpanya.
Jika anda pernah menggunakan perkhidmatan kami sebelum
ini, anda sedia maklum bahawa MyStay.my menawarkan perkhidmatan online yang
berkaitan dengan tempahan penginapan melalui laman web atau app mobile kami
sendiri, serta melalui platform online lain seperti laman web dan media sosial
rakan niaga. Kami ingin menyatakan bahawa semua maklumat yang anda akan baca
secara amnya terpakai untuk bukan satu, bukan dua, tetapi untuk semua platform
sedemikian.
Notis privasi tunggal ini turut terpakai untuk semua
jenis maklumat pelanggan yang kami kumpulkan melalui semua platform di atas
atau dengan cara lain yang disambungkan ke platform ini (seperti semasa anda
menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui emel).
Kami boleh meminda Notis Privasi ini dari semasa ke
semasa. Oleh itu, kami sarankan anda melayari laman ini secara kerap untuk
memastikan anda tahu kedudukan anda. Jika kami membuat sebarang pengemaskinian
mengenai Notis Privasi ini yang akan memberi kesan yang besar kepada anda, kami
akan memberitahu anda mengenai perubahan sebelum aktiviti baharu dimulakan.
1. Terma yang kami gunakan dalam Notis Privasi ini
Lawataní bermaksud produk dan perkhidmatan penginapan
yang boleh dipesan, diperoleh, dibeli, dibayar, disewa, disediakan, ditempah,
digabungkan, atau disempurnakan oleh anda dari Penyedia Lawatan.
Penyedia Lawataní bermaksud penyedia bagi tempat
penginapan (cth. Homestay, houseboat, resort, hotel), dan sebarang perjalanan
atau produk atau perkhidmatan lain yang berkaitan dari semasa ke semasa yang
tersedia untuk Tempahan Lawatan di platform.
Perkhidmatan Lawataní bermaksud pembelian online,
pesanan, pembayaran (dimudahkan) atau perkhidmatan tempahan yang ditawarkan
atau dibenarkan oleh MyStay.my berhubung bagi pelbagai produk dan perkhidmatan
dari semasa ke semasa yang disediakan oleh Penyedia Lawatan di platform.
Tempahan Lawataní bermaksud pesanan, pembelian,
pembayaran atau tempahan bagi sebuah Lawatan.
2. Data peribadi jenis apakah yang MyStay.my kumpulkan?
Kami tidak dapat membantu anda tempah penginapan impian
tanpa maklumat. Oleh itu, apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, terdapat
beberapa perkara yang kami minta. Ini biasanya maklumat rutin ñ nama anda,
nombor telefon pilihan, nama-nama sesiapa yang melancong bersama anda dan
maklumat pembayaran anda. Anda juga mungkin memutuskan untuk hantar maklumat
tambahan berkaitan dengan Lawatan anda yang akan datang (contohnya, jangkaan
waktu ketibaan anda).
Di samping itu, kami juga mengumpul maklumat daripada
komputer, telefon, tablet atau peranti lain yang anda gunakan untuk mengakses
khidmat kami. Ini termasuk alamat IP, browser yang anda gunakan dan tetapan
bahasa anda. Terdapat juga situasi di mana kami menerima maklumat tentang anda
daripada orang lain atau apabila kami mengumpul maklumat lain secara automatik.
Ini adalah gambaran keseluruhan secara umum. Tetapi jika
anda ingin ketahui lebih lanjut tentang maklumat yang kami kumpul, kami akan
jelaskan secara terperinci di bawah.
3. Apakah sebab MyStay.my mengumpul dan menggunakan data peribadi anda?
Sebab utama kami meminta maklumat peribadi anda adalah
untuk membantu anda mengaturkan Tempahan Lawatan online anda dan memastikan
anda mendapat perkhidmatan yang terbaik.
Kami juga menggunakan data peribadi anda untuk
memaklumkan anda tentang tawaran terbaru dan istimewa serta produk atau khidmat
lain yang kami rasa anda minat. Terdapat juga pengguna yang lain. Jika anda
ingin tahu pengguna tersebut, teruskan membaca untuk penerangan terperinci.
4. Bagaimanakah MyStay.my berkongsi data anda dengan pihak ketiga?
Ada pihak-pihak yang berbeza diintegrasikan ke dalam
perkhidmatan MyStay.my dalam pelbagai cara dan untuk pelbagai sebab. Sebab
utama kami berkongsi data anda adalah untuk membekalkan Penyedia Lawatan dengan
maklumat yang relevan untuk menyelesaikan Tempahan Lawatan anda.
Kami juga melibatkan pihak lain untuk menyediakan anda
dengan perkhidmatan MyStay.my. Ini termasuk, contohnya, institusi kewangan,
pengiklan, anak syarikat kumpulan korporat MyStay.my dan syarikat lain yang
membentuk kumpulan korporat Mystay Sdn Bhd. Atau, dalam beberapa kes, jika kami
diwajibkan oleh undang-undang, kami boleh berkongsi data anda dengan pihak
kerajaan atau pihak berkuasa lain.
Di bawah ini, kami terangkan dengan lebih terperinci
tentang bagaimana maklumat yang anda kongsi bersama kami digunakan dan ditukar
dengan pihak-pihak ini.
5. Bagaimanakah data peribadi anda dikongsi dalam kumpulan korporat Mystay Sdn Bhd?
MyStay.my adalah sebahagian daripada kumpulan korporat Mystay
Sdn Bhd. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut tentang bagaimana data
anda boleh dikongsi dalam kumpulan korporat Mystay Sdn Bhd.
6. Bagaimanakah MyStay.my memproses komunikasi yang anda dan Penyedia Lawatan anda hantar melalui MyStay.my?
MyStay.my dapat membantu anda dan Penyedia Lawatan
bertukar maklumat atau permintaan tentang perkhidmatan dan Tempahan Lawatan
yang sedia ada melalui platform MyStay.my.
7. Bagaimanakah MyStay.my menggunakan peranti mobile?
Kami menawarkan app percuma, di mana kami juga mengumpul
dan memproses data peribadi. Ini berfungsi seperti di laman web kami, tetapi ia
juga membenarkan anda untuk manfaatkan daripada perkhidmatan lokasi yang
tersedia di peranti mobile anda.
8. Bagaimanakah MyStay.my menggunakan media sosial?
Penggunaan media sosial boleh diintegrasikan ke dalam
perkhidmatan MyStay.my dalam beberapa cara. Ini melibatkan kami mengumpulkan
beberapa data peribadi anda atau penyedia media sosial yang menerima beberapa
maklumat anda. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang bagaimana maklumat
ini digunakan dan ditukar, teruskan membaca.
9. Apakah prosedur keselamatan dan pengekalan yang MyStay.my laksanakan untuk melindungi data peribadi anda?
Kami telah mengimplementasikan pelbagai prosedur untuk
mencegah akses yang tidak dibenarkan dan salah guna untuk data peribadi yang
kami proses.
10. Bagaimanakah MyStay.my menggunakan data peribadi kanak-kanak?
Kecuali dinyatakan sebaliknya, MyStay.my adalah
perkhidmatan yang anda hanya dibenarkan untuk gunakan jika anda berumur lebih
daripada 18 tahun. Kami hanya memproses maklumat tentang kanak-kanak dengan
persetujuan ibu bapa atau penjaga sah mereka, atau apabila maklumat tersebut
dikongsi dengan kami oleh ibu bapa atau penjaga sah.
11. Bagaimanakah anda boleh mengawal data peribadi yang anda telah berikan kepada MyStay.my?
Antara lain, anda mempunyai hak untuk menyemak data
peribadi yang kami simpan tentang anda pada bila-bila masa dan meminta untuk
akses atau padam data peribadi anda dengan menghantar borang ini. Jika anda
ingin ketahui lebih lanjut tentang hak anda untuk mengawal data peribadi anda,
teruskan membaca.
12. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memproses data peribadi di laman web dan app MyStay.my?
Mystay Sdn Bhd, yang terletak di Ajil, Terengganu,
mengawal pemprosesan data peribadi untuk penyediaan perkhidmatannya. Ini
termasuk laman web dan app mobile, melainkan beberapa pengecualian yang
dijelaskan dalam Notis privasi ini.
13. Peruntukan bagi negara tertentu
Bergantung pada undang-undang yang terpakai kepada anda,
kami mungkin perlu berikan beberapa maklumat tambahan. Jika berkenaan, anda
akan menemui maklumat tambahan untuk negara atau wilayah anda di bawah.
14. Data peribadi jenis apakah yang MyStay.my kumpulkan?
i. Data peribadi yang anda berikan kepada kami.
MyStay.my mengumpulkan dan menggunakan maklumat yang anda
berikan kepada kami. Apabila anda membuat Tempahan Lawatan, anda (secara
minimum) diminta untuk berikan nama dan alamat emel anda.
Bergantung pada Tempahan Lawatan, kami juga mungkin minta
alamat rumah, nombor telefon, maklumat pembayaran, tarikh lahir, lokasi semasa
(dalam kes perkhidmatan atas permintaan), nama-nama mereka yang melancong
bersama anda dan apa-apa pilihan yang anda mungkin ada untuk Lawatan anda
(seperti pilihan makanan dan keperluan aksesibiliti). Dalam beberapa kes, anda
juga boleh daftar masuk secara online dengan Penyedia Lawatan, yang mana kami
akan meminta anda untuk berkongsi maklumat kad pengenalan atau pasport atau lesen memandu dan
tandatangan.
Jika anda perlu menghubungi pasukan khidmat pelanggan
kami, hubungi Penyedia Lawatan anda melalui kami, atau hubungi kami dengan cara
yang berbeza (seperti media sosial atau melalui chatbot). Kami juga akan
mengumpulkan maklumat dari anda di sana. Ini terpakai sama ada anda menghubungi
kami dengan maklum balas atau meminta bantuan bagi menggunakan perkhidmatan
kami.
Anda juga mungkin dijemput bagi menulis reviu untuk bantu
maklumkan yang lain tentang pengalaman yang anda lalui semasa Lawatan anda.
Apabila anda menulis reviu di platform MyStay.my, kami akan mengumpulkan
sebarang maklumat yang telah anda sertakan, bersama nama paparan dan avatar
anda (jika anda memilihnya).
Terdapat juga situasi lain di mana anda menyediakan
maklumat kepada kami. Contohnya, jika anda melayari laman kami dengan peranti
mobile anda, anda boleh tentukan untuk membenarkan MyStay.my melihat lokasi
semasa anda atau memberikan kami akses kepada beberapa maklumat hubungan. Ini
membantu kami untuk memberikan anda perkhidmatan dan pengalaman sebaik mungkin.
Sebagai contoh, memaparkan anda panduan bandar kami, menyarankan restoran
terdekat atau tarikan ke lokasi anda atau membuat saranan yang lain.
Jika anda cipta akaun pengguna, kami juga akan menyimpan
tetapan peribadi anda, gambar yang dimuat naik dan reviu bagi tempahan yang
lalu di sana. Data yang disimpan ini boleh digunakan untuk membantu anda
merancang dan menguruskan Tempahan Lawatan pada masa hadapan atau mendapat
manfaat daripada ciri-ciri lain yang tersedia bagi pengguna akaun saja (seperti
insentif atau manfaat lain).
Anda juga boleh memilih untuk menambah butiran daripada
dokumen pengenalan anda ke akaun pengguna anda supaya anda tidak perlu
menyerahkan maklumat ini untuk setiap Tempahan Lawatan individu.
Kami boleh menawarkan anda program-program rujukan atau
cabutan bertuah. Dengan menyertainya, ini bermakna anda memberikan kami data
peribadi yang berkaitan.
ii. Data peribadi yang anda berikan kepada kami mengenai orang lain.
Dalam beberapa kes, anda boleh menggunakan MyStay.my untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Ia boleh merupakan perkongsian wishlist, mengambil bahagian dalam komuniti pelancongan, atau penyertaan dalam program rujukan, seperti yang dijelaskan semasa anda menggunakan ciri yang relevan.
Pada masa ini, kami perlu menekankan bahawa ia adalah
tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa individu tersebut atau mereka yang
data peribadinya anda berikan sedar bahawa anda telah buat demikian, dan mereka
telah memahami dan menerima bagaimana MyStay.my menggunakan maklumat mereka
(seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini).
iii. Data peribadi yang kami kumpulkan secara automatik.
Sama ada anda akhirnya membuat Tempahan Lawatan semasa
anda melayari laman web atau app kami, kami mengumpulkan maklumat tertentu
secara automatik. Ini termasuk alamat IP anda, tarikh dan waktu anda mengakses
perkhidmatan kami, dan maklumat tentang hardware atau software komputer anda
(seperti sistem pengendalian, browser internet yang digunakan software/data
versi aplikasi dan tetapan bahasa anda). Kami juga mengumpul maklumat mengenai
klik dan halaman mana yang telah ditunjukkan kepada anda.
Jika anda menggunakan peranti moblie, kami mengumpul data
yang mengenal pasti peranti tersebut, serta data tentang tetapan khas bagi
peranti dan ciri-ciri, app terhenti dan aktiviti sistem lain. Apabila anda
membuat Tempahan Lawatan menggunakan jenis peranti seperti ini, sistem kami
mendaftar bagaimana anda membuat tempahan (dari laman web mana), dan/atau laman
asal dari mana anda telah melayari laman web atau app MyStay.my.
iv. Data peribadi yang kami terima dari sumber lain.
Ia bukan sekadar perkara yang anda maklumkan kami ñ kami
juga mungkin menerima maklumat tentang anda dari sumber lain. Ini termasuk
rakan niaga bisnes, seperti rakan niaga affiliate, anak syarikat kumpulan
korporat MyStay.my, syarikat lain dalam kumpulan korporat Mystay Sdn Bhd dan
pihak ketiga bebas yang lain.
Apa-apa yang kami terima daripada rakan niaga sedemikian
boleh digabungkan dengan maklumat yang diberikan oleh anda. Sebagai contoh,
perkhidmatan Tempahan Lawatan MyStay.my tidak hanya tersedia melalui MyStay.my
dan app MyStay.my, namun ia juga diintegrasikan ke dalam perkhidmatan rakan
niaga affiliate yang boleh anda dapatkan secara online. Bila anda menggunakan
mana-mana perkhidmatan sedemikian, anda memberi butiran tempahan kepada rakan
niaga bisnes kami, yang kemudian menghantar butiran anda kepada kami.
Kami juga mengintegrasikan dengan penyedia perkhidmatan
pihak ketiga untuk memudahkan pembayaran antara anda dan Penyedia Lawatan.
Penyedia perkhidmatan ini berkongsi maklumat pembayaran agar kami dapat
mentadbir dan mengurus Tempahan Lawatan anda, memastikan segalanya berjalan
selancar yang mungkin untuk anda.
Di samping itu, kami mengumpul maklumat dalam kes yang
dikesali di mana kami menerima aduan tentang anda daripada Penyedia Lawatan,
contohnya dalam kes salah laku.
Cara lain yang kami mungkin menerima data tentang anda
adalah melalui perkhidmatan komunikasi yang diintegrasikan ke dalam platform
kami. Perkhidmatan komunikasi sedemikian menawarkan anda cara untuk menghubungi
Penyedia Lawatan yang telah anda tempah untuk membincangkan penginapan anda.
Dalam beberapa kes, kami menerima metadata tentang aktiviti komunikasi ini
(seperti siapa anda, dari mana anda membuat panggilan, dan tarikh serta tempoh
panggilan).
Kami juga mungkin menerima maklumat tentang anda untuk
memaparkan kepada anda iklan yang lebih relevan, seperti data kuki tambahan MyStay.my
yang disediakan rakan niaga media sosial kepada kami. Sila baca bahagian
Mengapakah MyStay.my mengumpul dan menggunakan data peribadi anda? untuk
maklumat lanjut.
Apabila anda pautkan akaun pengguna MyStay.my anda ke
akaun media sosial anda, anda mungkin mencetuskan pertukaran data antara MyStay.my
dan penyedia media sosial tersebut. Anda boleh sentiasa memilih untuk tidak
berkongsi data tersebut.
Penyedia Lawatan juga boleh berkongsi maklumat tentang
anda dengan MyStay.my. Ini boleh berlaku jika anda mempunyai pertanyaan
sokongan tentang Tempahan Lawatan yang akan datang, atau jika ada pertikaian
atau isu lain tentang Tempahan Lawatan.
15. Apakah sebab MyStay.my mengumpul dan menggunakan data peribadi anda?
Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan tentang anda
untuk pelbagai tujuan. Data peribadi anda boleh digunakan dengan cara berikut:
A. Tempahan Lawatan: Pertama sekali, kami menggunakan data peribadi anda untuk melengkapkan dan mentadbir Tempahan Lawatan online anda ñ yang penting bagi kami untuk menyediakan perkhidmatan ini untuk anda. Ini termasuk menghantar komunikasi yang berkaitan dengan Tempahan Lawatan anda, seperti pengesahan (termasuk, jika berkenaan, memberikan anda bukti pembelian dan/atau pembayaran), pengubahsuaian dan peringatan. Dalam beberapa kes, ini boleh termasuk pemprosesan data peribadi anda untuk membolehkan daftar masuk online dengan Penyedia Lawatan atau pemprosesan data peribadi yang berkaitan dengan kemungkinan deposit kerosakan.
B. Khidmat pelanggan: Kami menyediakan khidmat pelanggan. Dengan berkongsi maklumat yang relevan seperti maklumat tempahan atau maklumat tentang akaun pengguna anda dengan kakitangan khidmat pelanggan kami, ia membolehkan kami untuk memberi respons apabila anda memerlukan kami. Ini termasuk membantu anda menghubungi Penyedia Lawatan yang betul dan memberi respons kepada sebarang pertanyaan yang anda ada tentang Tempahan Lawatan anda (atau sebarang pertanyaan lain).
C. Kemudahan akaun: Pengguna MyStay.my boleh mencipta akaun di laman web atau app kami. Kami menggunakan maklumat yang anda berikan kami untuk mentadbir akaun ini, membenarkan anda untuk melakukan beberapa perkara yang berguna. Anda boleh mengurus Tempahan Lawatan, manfaatkan tawaran khas, buat Tempahan Lawatan akan datang dengan mudah dan urus tetapan peribadi anda.
Dengan mengurus tetapan peribadi, ia memberi anda
kebolehan untuk simpan dan kongsi senarai, kongsi gambar, lihat Perkhidmat
Lawatan yang anda telah cari dengan mudah dan semak maklumat berkenaan
pelancongan yang telah anda sediakan. Anda juga boleh lihat sebarang reviu yang
anda telah tulis.
Jika anda mahu, anda boleh kongsi maklumat tertentu
sebagai sebahagian daripada akaun pengguna anda dengan mencipta profil awam di
bawah nama pertama anda sendiri atau nama skrin yang anda pilih.
D. Kumpulan-kumpulan online: Kami memberi peluang kepada pemegang akaun untuk berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain melalui kumpulan atau forum online.
E. Aktiviti pemasaran: Kami menggunakan maklumat anda untuk aktiviti pemasaran. Aktiviti ini termasuk:
Menggunakan maklumat hubungan anda untuk menghantar berita kerap tentang produk dan perkhidmatan berkenaan. Anda boleh hentikan langganan daripada komunikasi pemasaran emel dengan cepat, mudah dan pada bila-bila masa. Anda hanya perlu klik pautan ëHentikan langgananí yang disertakan dalam setiap surat berita atau komunikasi lain, atau uruskan pilihan anda melalui tetapan akaun anda.
Berdasarkan maklumat anda, tawaran peribadi mungkin
ditunjukkan kepada anda di laman web MyStay.my, app mobile atau di laman/app
pihak ketiga (termasuk laman media sosial) dan kandungan yang dipaparkan kepada
anda mungkin disesuaikan. Ini mungkin tawaran yang boleh anda tempah terus di
laman web MyStay.my, di laman web jenama bersama, atau tawaran atau produk
pihak ketiga lain yang kami rasa menarik bagi anda.
Apabila anda mengambil bahagian dalam aktiviti promosi
lain (seperti cabutan bertuah, program rujukan atau pertandingan), hanya
maklumat relevan akan digunakan untuk mentadbirkan promosi ini.
F. Berkomunikasi dengan anda: Barangkali ada masa-masa lain apabila kami akan menghubungi, termasuk melalui emel, chatbot, pos, telefon atau dengan menghantar anda teks. Cara yang kami pilih bergantung pada maklumat hubungan yang telah anda kongsi sebelum ini.
Kami juga memproses komunikasi yang anda hantar kepada
kami. Ada beberapa sebab untuk ini, termasuk:
Proses memberi respons dan menangani sebarang permintaan
yang telah dibuat oleh anda atau Penyedia Lawatan yang ditempah anda. MyStay.my
juga menawarkan kepada pelanggan dan Penyedia Lawatan pelbagai cara untuk
bertukar maklumat, permintaan dan komen tentang Penyedia Lawatan dan Tempahan
Lawatan yang sedia ada melalui MyStay.my.
Jika anda telah memulakan tetapi belum melengkapkan
proses Tempahan Lawatan online, kami boleh menghubungi anda untuk menjemput
anda bagi teruskan tempahan anda. Kami percaya bahawa khidmat tambahan ini akan
memanfaatkan anda kerana ia membenarkan anda untuk teruskan dari mana anda
telah berhenti tanpa mencari Penyedia Lawatan atau mengisi maklumat tempahan
sekali lagi.
Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, kami boleh
menghantar anda borang tinjauan atau menjemput anda untuk memberikan reviu
tentang pengalaman anda dengan MyStay.my atau Penyedia Lawatan.
Kami juga menghantar bahan lain yang berkaitan dengan
Tempahan Lawatan anda, seperti bagaimana untuk menghubungi MyStay.my jika anda
memerlukan bantuan semasa anda di luar negara, dan maklumat yang kami rasa
mungkin berguna kepada anda semasa membuat perancangan atau cara untuk
manfaatkan Lawatan anda. Kami juga boleh menghantar bahan yang berkaitan untuk
Tempahan Lawatan akan datang atau ringkasan Tempahan Lawatan lalu yang anda
buat melalui MyStay.my.
Walaupun anda tidak mempunyai Tempahan Lawatan akan
datang, kami mungkin masih perlu menghantar anda mesej pentadbiran yang lain,
ia mungkin termasuk pemberitahuan keselamatan.
Jika berlaku salah laku, kami mungkin akan menghantar notis dan/atau amaran kepada anda.
G. Penyelidikan pasaran: Kadang kala, kami menjemput pelanggan kami untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan pasaran. Sila lihat maklumat yang disertakan dalam jemputan jenis sebegini untuk memahami data peribadi apa yang akan dikumpulkan dan bagaimana data tersebut digunakan.
H. Meningkatkan perkhidmatan kami: Kami juga menggunakan data peribadi untuk tujuan analitik dan penambahbaikan bagi produk. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menjadikan perkhidmatan kami lebih baik dan meningkatkan pengalaman pengguna.
Dalam hal ini, kami menggunakan data bagi tujuan ujian
dan penyelesaian masalah serta untuk menjana statistik tentang bisnes kami.
Matlamat utama di sini adalah untuk mendapatkan maklumat berguna tentang
bagaimana prestasi perkhidmatan kami, bagaimana ia digunakan, serta
mengoptimumkan dan menyesuaikan laman web dan app kami supaya menjadikannya
lebih mudah dan lebih bermakna untuk digunakan. Seboleh-bolehnya, kami berusaha
untuk menggunakan data peribadi tanpa nama dan tidak dikenal pasti untuk kerja
analitik ini.
I. Memberikan harga terbaik yang tersedia untuk anda, bergantung pada di mana anda berada: Apabila anda membuat carian di app atau laman web kami, contohnya untuk mencari tempat penginapan, kami memproses alamat IP anda untuk mengesahkan lokasi di mana anda berada atau inginkan, sesuai dengan tetapan maklumat yang anda berikan.
J. Reviu pelanggan dan maklumat lain yang berkaitan dengan destinasi: Semasa dan selepas Lawatan anda, kami mungkin menjemput anda untuk menghantar reviu. Kami juga membolehkan individu yang melancong bersama anda atau individu yang telah menginap menggunakan tempahan anda untuk melakukannya. Jemputan ini meminta maklumat mengenai Penyedia Lawatan atau destinasi.
Jika anda ada akaun MyStay.my, anda boleh memilih untuk
memaparkan nama skrin di sebelah reviu anda dan bukan nama sebenar anda. Jika
anda ingin tetapkan nama skrin, anda boleh lakukannya di tetapan akaun anda.
Penambahan avatar juga boleh dilakukan.
Dengan melengkapkan reviu, anda bersetuju bahawa ia boleh
dipaparkan (seperti yang dinyatakan secara terperinci dalam Terma dan Syarat
kami), sebagai contoh, pada halaman maklumat relevan Penyedia Lawatan di laman
web kami, di app mobile kami, di akaun media sosial dan app media sosial kami,
atau di platform online bagi Penyedia Lawatan yang berkaitan atau laman web
rakan niaga bisnes. Ini adalah untuk memaklumkan kepada pelancong lain tentang
kualiti Khidmat Lawatan yang anda gunakan, destinasi yang telah anda pilih atau
pengalaman lain yang anda pilih untuk kongsi.
K. Pemantauan panggilan: Apabila anda membuat panggilan kepada pasukan khidmat pelanggan kami, MyStay.my menggunakan sistem pengesanan nombor telefon automatik untuk padankan nombor telefon anda kepada tempahan anda yang sedia ada. Ini dapat bantu menjimatkan masa untuk anda dan kakitangan khidmat pelanggan kami. Namun, kakitangan khidmat pelanggan kami masih boleh meminta pengesahan yang bantu memastikan butiran tempahan anda dirahsiakan.
Semasa panggilan dengan khidmat pelanggan kami, panggilan
mungkin didengar secara langsung atau direkod untuk kawalan kualiti dan tujuan
latihan. Ini termasuk penggunaan rakaman untuk mengendalikan aduan, tuntutan
undang-undang dan pengesanan penipuan.
Kami tidak merakam semua panggilan. Jika panggilan
dirakam, setiap rakaman disimpan untuk masa yang terhad sebelum dipadamkan
secara automatik. Melainkan jika kami telah memutuskan bahawa perlu untuk
menyimpan rakaman untuk penyiasatan penipuan atau tujuan undang-undang. Anda
boleh membaca lebih lanjut mengenai perkara ini di bawah.
L. Promosi bagi perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai: Untuk mencipta persekitaran yang boleh dipercayai untuk anda, kami terus menganalisis dan menggunakan data peribadi tertentu untuk mengesan dan mencegah penipuan dan kegiatan haram atau tidak diingini yang lain.
Selain itu, kami menggunakan data peribadi untuk
penilaian risiko dan tujuan keselamatan, termasuk ketika anda melaporkan
masalah keselamatan, atau untuk pengesahan pengguna dan tempahan. Apabila kami
melakukan sedemikian, kami mungkin perlu menghentikan atau menangguhkan
Tempahan Lawatan tertentu sehingga kami telah selesai membuat penilaian kami.
M. Tujuan undang-undang: Akhir sekali, dalam kes-kes tertentu, kami mungkin perlu menggunakan maklumat anda untuk mengendalikan dan menyelesaikan tuntutan dan pertikaian undang-undang, untuk siasatan kawal selia dan pematuhan, untuk menguatkuasakan syarat-syarat penggunaan khidmat tempahan online MyStay.my atau untuk mematuhi permintaan undang-undang daripada penguatkuasaan undang-undang.
Memberikan
data peribadi anda kepada MyStay.my adalah secara sukarela.
Namun, kami mungkin hanya dapat memberikan anda
perkhidmatan tertentu jika kami dapat mengumpul beberapa data peribadi. Sebagai
contoh, kami tidak dapat memproses Tempahan Lawatan anda jika kami tidak
mengumpul nama dan maklumat hubungan anda.
Jika kami menggunakan kaedah automasi untuk memproses
data peribadi, di mana ia menghasilkan kesan undang-undang atau yang sama
menjejaskan anda, kami akan sentiasa melaksanakan langkah-langkah yang
diperlukan untuk melindungi hak dan kebebasan anda. Ini termasuk hak untuk mendapatkan
pengantaraan manusia.
Untuk memproses data peribadi anda seperti yang
dijelaskan di atas, kami bergantung pada asas undang-undang berikut:
Seperti yang berkenaan, untuk tujuan A dan B, MyStay.my
bergantung pada asas undang-undang bahawa pemprosesan data peribadi adalah
perlu untuk pelaksanaan kontrak, khususnya untuk memuktamadkan dan mentadbir
Tempahan Lawatan anda.
Jika data peribadi yang diperlukan tidak disediakan, MyStay.my
tidak dapat memuktamadkan Tempahan Lawatan, dan kami juga tidak dapat
memberikan khidmat pelanggan. Berhubung tujuan C hingga L, MyStay.my bergantung
pada kepentingan sah (atau pihak ketiga), untuk menyediakan dan meningkatkan
perkhidmatan dan untuk mengelakkan penipuan dan tindakan haram lain (seperti
yang dinyatakan secara terperinci di bawah C hingga L).
Apabila menggunakan data peribadi untuk berkhidmat kepada
MyStay.my atau kepentingan sah pihak ketiga, MyStay.my akan sentiasa
mengimbangi hak dan kepentingan anda dalam melindungi data peribadi anda
terhadap hak dan kepentingan MyStay.my atau pihak ketiga. Untuk tujuan M, MyStay.my
juga bergantung, jika terpakai, pada pematuhan dengan kewajiban undang-undang
(seperti permintaan penguatkuasaan undang-undang yang sah).
Akhir sekali, jika diperlukan di bawah undang-undang yang
terpakai, MyStay.my akan mendapat persetujuan anda sebelum memproses data
peribadi anda, termasuk untuk tujuan pemasaran emel atau sebagaimana yang
dikehendaki oleh undang-undang.
16. Bagaimanakah MyStay.my berkongsi data anda dengan pihak ketiga?
Dalam keadaan tertentu, kami akan berkongsi data peribadi
anda dengan pihak ketiga. Pihak ketiga sedemikian termasuk:
A. Penyedia Lawatan yang anda tempah: Untuk melengkapkan Tempahan Lawatan anda, kami memindahkan butiran tempahan yang relevan kepada Penyedia Lawatan yang telah anda tempah. Ini adalah salah satu perkara paling penting yang kami lakukan untuk anda.
Bergantung pada Tempahan Lawatan dan Penyedia Lawatan,
butiran yang kami kongsi boleh termasuk nama, maklumat hubungan dan pembayaran,
nama-nama mereka yang menemani anda dan sebarang maklumat atau pilihan lain
yang anda nyatakan semasa anda membuat Tempahan Lawatan anda.
Dalam kes-kes tertentu, kami juga memberikan beberapa
maklumat sejarah tambahan tentang anda kepada Penyedia Lawatan. Ini termasuk
sama ada anda telah menempah dengan mereka pada masa lalu, jumlah tempahan yang
telah anda buat dengan MyStay.my yang telah diselesaikan, pengesahan bahawa
tiada salah laku telah dilaporkan tentang anda, peratusan tempahan yang telah
anda batalkan pada masa lalu atau sama ada anda telah memberikan reviu tentang
tempahan yang lalu.
Jika anda ada pertanyaan tentang Lawatan anda, kami boleh
menghubungi Penyedia Lawatan untuk mengendalikan permintaan anda. Kecuali jika
pembayaran dibuat semasa proses tempahan melalui laman web MyStay.my, kami akan
menghantar butiran pembayaran anda kepada Penyedia Lawatan yang ditempah untuk
dikendalikan dengan lebih lanjut (dengan andaian bahawa anda telah memberikan
kami butiran tersebut).
Dalam kes tuntutan atau pertikaian yang berkaitan dengan
Tempahan Lawatan, kami mungkin memberikan Penyedia Lawatan dengan maklumat
hubungan anda dan maklumat lain mengenai proses tempahan, jika diperlukan untuk
menyelesaikan keadaan. Ini termasuk, tetapi mungkin tidak terbatas pada alamat
emel anda dan salinan pengesahan tempahan anda sebagai bukti bahawa Tempahan
Lawatan telah dibuat atau untuk mengesahkan sebab bagi pembatalan.
Untuk kelengkapan, Penyedia Lawatan akan teruskan
memproses data peribadi anda di luar kawalan MyStay.my. Penyedia Lawatan juga
boleh meminta data peribadi tambahan, contohnya untuk memberikan perkhidmatan
tambahan, atau untuk mematuhi sekatan tempatan. Jika ada, sila baca Notis
Privasi bagi Penyedia Lawatan untuk memahami bagaimana mereka memproses data
peribadi anda.
B. Penyedia Sambungan: Harap maklum bahawa Penyedia Lawatan tertentu mungkin memerlukan kami untuk berkongsi data peribadi anda dengan Penyedia Sambungan yang dikontrak agar dapat menyelesaikan dan menguruskan tempahan anda. Penyedia sambungan bertindak bagi pihak Penyedia Lawatan dan membantu mereka menguruskan tempahan mereka.
C. Pejabat tempatan MyStay.my anda: Untuk menyokong penggunaan perkhidmatan MyStay.my, butiran anda boleh dikongsi dengan anak syarikat kumpulan korporat MyStay.my, termasuk khidmat pelanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan korporat MyStay.my, layari Tentang MyStay.my.
D. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga: Kami menggunakan penyedia perkhidmatan daripada luar kumpulan korporat MyStay.my untuk menyokong kami dalam menyediakan perkhidmatan kami. Ini termasuk:
Kami menggunakan pihak ketiga untuk memproses pembayaran,
mengurus caj balik atau menyediakan perkhidmatan pengambilan bil. Apabila caj
balik diminta untuk Tempahan Lawatan anda, sama ada oleh anda atau pemegang kad
kredit yang digunakan untuk membuat tempahan anda, kami perlu kongsi butiran
tempahan tertentu dengan penyedia khidmat pembayaran dan institusi kewangan
yang relevan supaya mereka dapat mengendalikan caj balik tersebut. Ini mungkin
termasuk salinan pengesahan tempahan anda ataupun alamat IP yang digunakan
untuk buat tempahan anda. Kami mungkin berkongsi maklumat dengan institusi
kewangan yang relevan, jika kami rasa ia penting untuk tujuan pengesanan dan
pencegahan penipuan.
Apabila caj balik diminta untuk Tempahan Lawatan anda,
sama ada oleh anda atau pemegang kad kredit yang digunakan untuk membuat
penempahan anda, kami perlu kongsi butiran penempahan tertentu dengan penyedia
perkhidmatan pembayaran dan institusi kewangan yang relevan supaya mereka dapat
mengendalikan caj bayaran balik tersebut. Ini boleh termasuk salinan pengesahan
penempahan anda ataupun alamat IP yang digunakan untuk buat penempahan anda.
Kami juga boleh berkongsi maklumat dengan institusi
kewangan yang relevan, jika kami rasa ia penting untuk tujuan pengesanan dan
pencegahan penipuan.
Perkhidmatan pemasaran
Kami berkongsi data peribadi dengan rakan niaga
pengiklanan, termasuk alamat emel, Alamat IP dan nombor telefon anda, sebagai
sebahagian daripada perkhidmatan pemasaran MyStay.my melalui pihak ketiga
(untuk memastikan iklan yang relevan ditunjukkan kepada khalayak yang betul).
Kami menggunakan teknik seperti 'hashing' untuk membolehkan pemadanan bagi
alamat emel, Alamat IP dan/atau nombor telefon anda dengan pangkalan data
pelanggan yang sedia ada untuk mengelakkan data ini daripada digunakan untuk
tujuan lain. Untuk maklumat mengenai iklan lain yang disesuaikan dan pilihan
anda, sila baca Notis Kuki kami.
Rakan niaga pengiklanan
Kami menggunakan rakan niaga pengiklanan, seperti
penyedia ëmetasearchí, bagi membenarkan anda untuk bandingkan tawaran kami
dengan tawaran daripada Agensi Pelancongan Online (OTA) yang lain. Apabila anda
membuat tempahan di MyStay.my selepas menggunakan rakan niaga pengiklanan, kami
akan menghantar maklumat tempahan yang anda buat di MyStay.my kepada rakan
niaga tersebut.
E. Pihak ketiga profesional lain: Dalam kes tertentu (seperti pertikaian atau tuntutan undang-undang atau sebagai sebahagian daripada aktiviti pengauditan), kami mungkin perlu berkongsi data peribadi anda dengan penasihat profesional. Penasihat ini termasuk pihak seperti firma guaman atau juruaudit. Kami hanya berkongsi data peribadi anda setakat yang diperlukan dan pihak ketiga tersebut memproses data ini selaras dengan kewajipan profesional mereka sendiri.
F. Pihak berkuasa yang kompeten: Kami mendedahkan data peribadi kepada penguatkuasa undang-undang setakat mana ia diperlukan oleh undang-undang atau diperlukan hanya untuk pencegahan, pegesanan atau pendakwaan tindakan jenayah dan penipuan, atau jika kami sebaliknya diwajibkan dari segi undang-undang untuk berbuat demikian. Kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi kepada pihak berkuasa yang handal untuk mematuhi kewajipan undang-undang (contohnya, di bawah undang-undang sewaan jangka pendek), untuk melindungi hak atau penginapan kami, atau hak dan penginapan rakan niaga bisnes dan Penyedia Lawatan.
G. Rakan niaga bisnes: Kami bekerjasama dengan banyak rakan niaga bisnes. Rakan niaga perniagaan sedemikian mengedarkan dan mengiklankan perkhidmatan MyStay.my, termasuk perkhidmatan dan produk dari Penyedia Lawatan kami.
Apabila anda membuat tempahan menerusi salah satu rakan
niaga bisnes kami secara langsung atau online, beberapa data peribadi tertentu
yang anda berikan kepada mereka, seperti nama dan alamat emel, alamat, butiran
pembayaran dan maklumat lain yang berkaitan, akan dihantar kepada kami untuk
memuktamadkan dan mentadbir Tempahan Lawatan anda.
Jika khidmat pelanggan disediakan oleh rakan niaga
bisnes, MyStay.my akan kongsi maklumat tempahan yang relevan dengan mereka
(pada dan bila diperlukan) untuk pastikan kami menyediakan sokongan yang tepat
dan cekap.
Apabila anda membuat tempahan melalui salah satu daripada
laman web rakan niaga bisnes kami, rakan niaga bisnes boleh terima bahagian
tertentu bagi data peribadi anda berkenaan tempahan yang khusus dan interaksi
anda di laman web rakan niaga sedemikian. Ini adalah untuk tujuan komersial
mereka.
Apabila anda membuat penempahan menerusi rakan niaga
bisnes, sila luangkan sedikit masa untuk membaca Notis privasi mereka jika anda
ingin memahami bagaimana mereka memproses data peribadi anda.
Untuk tujuan pengesanan dan pencegahan penipuan, kami
juga boleh bertukar maklumat tentang pengguna kami dengan rakan niaga bisnes ñ
hanya bila ia betul-betul diperlukan.
Jika tuntutan insurans dibuat, mengenai anda atau
Penyedia Lawatan, kami mungkin memberikan data yang diperlukan (termasuk data
peribadi) kepada syarikat insurans untuk pemprosesan selanjutnya.
H. Kumpulan korporat Mystay Sdn Bhd: Sila baca tentang bagaimana kami berkongsi data peribadi anda dengan kumpulan korporat Mystay Sdn Bhd
MyStay.my adalah perniagaan atas talian. Data yang kami kumpulkan daripada anda, seperti yang dijelaskan dalam Notis Privasi ini, dapat diakses daripada, dipindahkan ke atau disimpan di negara-negara yang mungkin tidak memiliki undang-undang perlindungan data yang sama dengan negara di mana anda awalnya memberikan maklumat tersebut. Dalam kes sedemikian, kami akan melindungi data anda seperti yang dijelaskan dalam Notis Privasi ini.
17. Bagaimanakah data peribadi anda dikongsi dalam kumpulan korporat Mystay Sdn Bhd?
MyStay.my adalah sebahagian daripada kumpulan korporat Mystay
Sdn Bhd Maklumat lanjut tersedia di MyStay.my (Tentang Kami).
Kami mungkin menerima data peribadi tentang anda daripada
syarikat lain dalam kumpulan korporat Mystay Sdn Bhd, atau kongsi data peribadi
anda dengan mereka untuk tujuan berikut:
A. Untuk menyediakan perkhidmatan (termasuk membuat, mentadbir dan mengurus tempahan atau mengendalikan pembayaran)
B. Untuk menyediakan khidmat pelanggan
C. Untuk mengesan, mencegah dan menyiasat penipuan, aktiviti haram yang lain dan pelanggaran data
D. Untuk tujuan analitik dan penambahbaikan bagi produk
E. Untuk memberikan tawaran yang disesuaikan atau menghantar bahan-bahan pemasaran kepada anda dengan persetujuan anda atau yang sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai
F. Untuk hos, sokongan teknikal, menyelenggara dan mengekalkan keselamatan secara keseluruhan bagi data berkongsi tersebut
G. Untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang yang terpakai
Seperti yang berkenaan dan kecuali dinyatakan sebaliknya,
untuk tujuan A hingga F, MyStay.my bergantung pada kepentingannya yang sah
untuk kongsi dan menerima data peribadi. Untuk tujuan G, MyStay.my bergantung,
jika terpakai, pada pematuhan dengan kewajiban undang-undang (seperti
permintaan penguatkuasaan undang-undang yang sah).
Rakan bisnes dan Penyedia Lawatan dengan kerjasama
syarikat Mystay Sdn Bhd mungkin perlu bertukar data peribadi pelanggan untuk
memastikan semua pengguna dilindungi daripada aktiviti penipuan di platform
online.
18. Bagaimanakah MyStay.my memproses komunikasi yang anda dan Penyedia Lawatan yang ditempah anda mungkin hantar melalui MyStay.my?
MyStay.my boleh menawarkan anda dan Penyedia Lawatan
pelbagai cara untuk berkomunikasi tentang Khidmat Lawatan dan Tempahan Lawatan
yang sedia ada dengan mengarahkan komunikasi melalui MyStay.my. Ini juga
membenarkan anda dan Penyedia Lawatan anda untuk menghubungi MyStay.my dengan
pertanyaan tentang Tempahan Lawatan anda melalui laman web, app kami dan
saluran lain yang kami sediakan.
MyStay.my mengakses komunikasi dan boleh menggunakan
sistem automasi untuk menyemak, mengimbas dan menganalisis komunikasi atas
sebab-sebab berikut:
- Tujuan keselamatan
- Pencegahan penipuan
- Pematuhan terhadap keperluan undang-undang dan peraturan
- Penyiasatan bagi kemungkinan salah laku
- Pembangunan dan peningkatan produk
- Penyelidikan
- Penglibatan pelanggan (termasuk memberikan anda maklumat dan tawaran yang kami percaya mungkin menarik minat anda)
- Sokongan pelanggan atau teknikal
Kami mempunyai hak untuk menyemak atau menghalang
penghantaran komunikasi yang kami, atas budi bicara kami, percaya mungkin
mengandungi kandungan berbahaya atau spam, atau boleh membawa risiko kepada
anda, Penyedia Lawatan, MyStay.my atau yang lain.
Semua komunikasi yang dihantar atau diterima menggunakan
tool komunikasi MyStay.my akan diterima dan disimpan oleh MyStay.my. Penyedia
Lawatan dan rakan niaga Bisnes yang mana anda telah menempah Tempahan Lawatan
mungkin juga memilih untuk berkomunikasi dengan anda terus melalui emel atau
melalui saluran lain yang tidak dikawal oleh MyStay.my.
19. Bagaimanakah MyStay.my menggunakan peranti mobile?
Kami menawarkan web/app percuma untuk pelbagai peranti
mobile, laman web biasa kami yang telah dioptimumkan untuk dilayari di mobile
dan tablet.
App atau, dan laman web mobile sedemikian memproses
maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami dengan cara yang sama seperti
laman web kami. Ia juga membolehkan anda untuk menggunakan perkhidmatan lokasi untuk
mencari Perkhidmatan Lawatan yang berdekatan, jika anda inginkan.
Dengan kebenaran anda, kami mungkin menghantar anda
pemberitahuan 'push' dengan maklumat tentang Tempahan Lawatan anda. Anda juga
boleh pilih untuk berikan kami akses kepada data lokasi atau maklumat hubungan
anda untuk menyediakan perkhidmatan yang telah anda minta. Jika anda memuat
naik gambar ke platform kami, gambar-gambar sedemikian juga mungkin termasuk
maklumat lokasi (dikenali sebagai metadata). Sila baca arahan peranti mobile anda
untuk memahami cara untuk ubah tetapan anda dan kawal perkongsian bagi kategori
data ini.
Apabila anda memilih untuk menggunakan ëPembantu Suaraí
kami untuk mencari perkhidmatan kami atau menguruskan tempahan anda, ucapan
anda akan diterjemahkan secara anonim ke dalam teks oleh pembekal perkhidmatan
pihak ketiga. Anda perlu memberi kami akses ke mikrofon peranti anda untuk
menggunakan ciri ini.
Untuk mengoptimumkan perkhidmatan dan aktiviti pemasaran
kami, dan untuk pastikan kami memberikan anda pengalaman pengguna yang
konsisten, kami menggunakan sesuatu yang dikenali sebagai ëpenjejakan yang
merentasi berbilang perantií. Ini boleh dilakukan dengan atau tanpa menggunakan
kuki. Untuk maklumat lanjut tentang kuki dan teknologi lain yang serupa, sila lihat
Notis kuki kami.
Dengan penjejakan yang merentasi berbilang peranti, MyStay.my
dapat menjejak aktiviti pengguna menerusi berbilang peranti. Sebagai sebahagian
daripada penjejakan yang merentasi berbilang peranti, kami boleh menggabungkan
data yang dikumpul dari browser atau peranti mobile tertentu dengan data
daripada komputer lain atau peranti yang digunakan oleh pelanggan yang sama.
Untuk mengoptimumkan kandungan surat berita MyStay.my,
kami menggabungkan carian dan tempahan yang dibuat dari komputer dan peranti
yang berlainan. Anda boleh hentikan langganan surat berita MyStay.my pada
bila-bila masa.
Iklan yang disesuaikan yang dipaparkan kepada anda di
laman web lain atau dalam app boleh ditawarkan berdasarkan aktiviti anda pada
komputer dan peranti yang dipautkan. Dengan mengubah tetapan kuki di peranti
anda (lihat Notis kuki kami di bawah ëApakah pilihan anda?í), anda boleh
mengubah tetapan penjejakan yang merentasi berbilang peranti anda bagi tujuan
pengiklanan. Anda perlu tahu bahawa dengan log keluar daripada akaun MyStay.my
anda, ia tidak bermakna bahawa anda tidak lagi menerima iklan yang disesuaikan.
20. Bagaimanakah MyStay.my menggunakan media sosial?
Di MyStay.my, kami menggunakan media sosial dalam
pelbagai cara. Kami menggunakannya untuk memudahkan penggunaan perkhidmatan
tempahan online, tetapi juga untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan
berkaitan dengan pelancongan oleh Penyedia Lawatan kami dan untuk mengiklankan,
mempertingkatkan dan memudahkan perkhidmatan kami sendiri.
Harap maklum bahawa penggunaan ciri-ciri media sosial
boleh menyebabkan pertukaran data peribadi antara MyStay.my dan penyedia
perkhidmatan media sosial, seperti yang kami jelaskan di bawah. Anda bebas
untuk tidak menggunakan sebarang ciri-ciri media sosial yang tersedia bagi
anda.
i. Log masuk dengan akaun media sosial anda: Kami menawarkan anda peluang untuk log masuk ke akaun pengguna MyStay.my dengan salah satu akaun media sosial anda. Kami melakukan ini untuk mengurangkan keperluan anda mengingati nama pengguna dan kata laluan yang berlainan bagi perkhidmatan online yang berbeza.
Selepas anda telah log masuk sekali, anda akan dapat
menggunakan akaun media sosial anda untuk log masuk ke akaun MyStay.my anda.
Anda boleh asingkan akaun pengguna MyStay.my anda daripada akaun media sosial
pilihan anda pada bila-bila masa yang anda inginkan.
ii. Integrasi plugin media sosial: Kami juga telah mengintegrasikan plugin media sosial ke dalam laman web dan app MyStay.my. Ini bermakna bahawa apabila anda mengklik atau mengetuk pada salah satu butang (seperti butang 'Like' di Facebook) maklumat tertentu akan dikongsi dengan penyedia media sosial sedemikian.
Jika anda sudah log masuk ke akaun media sosial anda
apabila anda mengklik atau mengetuk salah satu butang ini, penyedia media
sosial anda mungkin mengaitkan maklumat ini kepada akaun media sosial anda.
Bergantung pada tetapan anda, mereka juga mungkin memaparkan tindakan
sedemikian di profil media sosial anda, untuk dilihat oleh orang lain dalam
rangkaian anda.
iii. Perkhidmatan media sosial dan ciri-ciri lain: Kami boleh mengintegrasikan perkhidmatan media sosial yang lain (seperti pemesejan media sosial) untuk anda berinteraksi dengan MyStay.my atau dengan kenalan anda tentang perkhidmatan kami.
Kami boleh mengekalkan akaun media sosial dan menawarkan
app di beberapa laman media sosial. Setiap kali anda menyambung dengan MyStay.my
melalui media sosial, penyedia perkhidmatan media sosial anda boleh membenarkan
anda untuk berkongsi maklumat dengan kami.
Jika anda memilih untuk berkongsi, penyedia media sosial
anda biasanya akan memberitahu anda mengenai maklumat yang akan dikongsi.
Contohnya, apabila anda log masuk ke akaun pengguna MyStay.my menggunakan akaun
media sosial anda, maklumat tertentu daripada akaun tersebut mungkin akan
dikongsi dengan MyStay.my. Ini termasuk alamat emel anda, umur anda dan gambar
profil yang telah anda simpan ñ bergantung pada apa-apa yang anda izinkan di
akaun media sosial anda.
Apabila anda mendaftar dengan app media sosial MyStay.my
atau membuat sambungan kepada khidmat pemesejan media sosial tanpa akaun
pengguna MyStay.my, maklumat yang anda pilih untuk kongsi dengan kami mungkin
termasuk maklumat asas yang tersedia di profil media sosial anda (termasuk
alamat emel, maklumat terkini bagi status dan senarai kenalan anda).
Kami akan menggunakan maklumat ini untuk bantu
menyediakan anda dengan perkhidmatan yang anda minta ñ contohnya, untuk
menghantar mesej yang anda ingin hantar kepada kenalan anda, atau untuk
mencipta pengalaman pengguna yang disesuaikan dalam app atau di laman web kami.
Ini bermakna jika anda inginkan kami untuk melalukan sedemikian, kami boleh
menyesuaikan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan anda, menghubungkan
anda dan rakan-rakan anda dengan destinasi penginapan terbaik dan menganalisis
serta meningkatkan perkhidmatan berkaitan dengan perkhidmatan kami.
Penyedia media sosial anda akan dapat memaklumkan anda
dengan lebih lanjut tentang cara mereka menggunakan dan memproses data anda
semasa anda membuat sambungan ke MyStay.my melalui mereka. Ini termasuk
menggabungkan data peribadi yang mereka kumpulkan apabila anda menggunakan MyStay.my
melalui mereka dengan maklumat yang mereka kumpulkan apabila anda menggunakan
platform online yang telah anda pautkan kepada akaun media sosial anda.
Jika anda memutuskan untuk membuat sambungan menggunakan
akaun Facebook atau Google anda, sila lihat pautan berikut bagi mendapatkan
maklumat tentang bagaimana pihak-pihak sedemikian menggunakan data yang mereka
terima: Facebook dan Google.
21. Apakah prosedur keselamatan dan pengekalan yang MyStay.my laksanakan untuk melindungi data peribadi anda?
Kami mempunyai prosedur untuk mencegah akses yang tidak
dibenarkan dan salah guna data peribadi.
Kami menggunakan sistem dan prosedur perniagaan yang
sesuai untuk melindungi dan menjaga data peribadi anda. Kami juga menggunakan
prosedur keselamatan serta sekatan teknikal dan fizikal untuk mengakses dan
menggunakan data peribadi di server kami. Hanya kakitangan yang diberi kuasa
dibenarkan untuk mengakses data peribadi dalam menjalankan tugas mereka.
Kami akan menyimpan data peribadi anda selagi mana ia
diperlukan untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan kami atau
menyediakan perkhidmatan kami kepada anda (termasuk mengekalkan mana-mana akaun
pengguna MyStay.my yang anda ada), untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan,
menyelesaikan sebarang pertikaian dan sebaliknya membolehkan kami menjalankan
bisnes kami, termasuk untuk mengesan dan mencegah penipuan dan/atau aktiviti
haram yang lain. Semua data peribadi yang kami simpan mengenai anda sebagai
pelanggan MyStay.my dilindungi oleh Notis Privasi ini.
Untuk perlindungan tambahan, kami amat menyarankan anda
tetapkan pengesahan dua faktor untuk akaun pengguna MyStay.my anda. Ini
menambah langkah pengesahan tambahan untuk memastikan sesiapa yang mendapat
nama pengguna dan kata laluan anda (cth. melalui phishing atau kejuruteraan
sosial) tidak dapat log masuk ke akaun anda. Anda boleh menetapnya di bahagian
Keselamatan bagi tetapan akaun anda.
22. Bagaimanakah MyStay.my menggunakan data peribadi kanak-kanak?
Perkhidmatan kami tidak ditujukan untuk kanak-kanak di
bawah umur 18 tahun, dan kami tidak akan mengumpul data mereka melainkan ianya
diberikan oleh (dan dengan persetujuan) ibu bapa atau penjaga. Keadaan terhad
yang mungkin kita perlukan untuk mengumpulkan data peribadi kanak-kanak di
bawah 18 tahun termasuk sebahagian daripada tempahan, pembelian bagi
perkhidmatan lain yang berkaitan pelancongan, atau dalam keadaan luar biasa
yang lain (seperti ciri-ciri yang ditujukan untuk keluarga). Sekali lagi, ini
hanya akan digunakan dan dikumpulkan seperti yang diberikan oleh ibu bapa atau
penjaga dan dengan persetujuan mereka.
Sekiranya kami menyedari bahawa kami telah memproses
maklumat kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan sah ibu bapa atau
penjaganya, kami akan memadamnya.
23. Bagaimanakah anda boleh mengawal data peribadi yang anda telah berikan kepada MyStay.my?
Kami ingin anda mengawal bagaimana data peribadi anda digunakan oleh kami. Anda boleh lakukannya dengan cara berikut:
A. Anda boleh membuat permintaan kepada kami bagi salinan data peribadi yang kami ada tentang anda,
B. Anda boleh maklumkan kami tentang sebarang perubahan bagi data peribadi anda, atau anda boleh meminta kami membetulkan sebarang data peribadi yang kami ada tentang anda. Seperti yang dijelaskan di bawah, anda boleh membuat beberapa perubahan ini sendiri, secara online, apabila anda mempunyai akaun pengguna,
C. Dalam beberapa situasi, anda boleh minta kami untuk memadam, menghalang atau menyekat pemprosesan data peribadi yang kami ada tentang anda, atau membantah cara-cara tertentu di mana kami menggunakan data peribadi anda,
D. Dalam beberapa situasi, anda juga boleh minta kami untuk menghantar data peribadi yang anda telah berikan kami kepada pihak ketiga,
E. Di mana kami menggunakan data peribadi anda berdasarkan persetujuan anda, anda berhak menarik balik persetujuan tersebut pada bila-bila masa, tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, dan
F. Di mana kami memproses data peribadi anda berdasarkan kepentingan sah atau kepentingan awam, anda berhak untuk membantah penggunaan data peribadi tersebut pada bila-bila masa, tertakluk kepada undang-undang yang terpakai.
Kami bergantung pada anda untuk memastikan data peribadi
anda lengkap, tepat dan terkini. Sila maklumkan kepada kami tentang sebarang
perubahan, atau ketidaktepatan, bagi maklumat peribadi anda secepat mungkin.
Jika anda ada akaun pengguna MyStay.my, anda boleh
mengakses banyak data peribadi anda melalui laman web atau app kami. Secara
umumnya, anda akan mendapat pilihan untuk tambah, kemas kini atau buang
maklumat yang kami ada tentang anda di tetapan akaun anda.
Pengguna yang mempunyai akaun MyStay.my juga boleh
meminta kami memadamkan akaun anda melalui aplikasi MyStay.my. Ambil perhatian
bahawa ciri aplikasi boleh berbeza antara sistem operasi dan penyedia perisian
pihak ketiga mereka.
Jika sebarang data peribadi yang kami ada tentang anda
tidak dapat diakses melalui laman web atau app kami, anda boleh menghantar
permintaan kepada kami.
24. Siapakah yang bertanggungjawab atas pemprosesan data peribadi melalui MyStay.my dan bagaimanakah untuk menghubungi kami?
Mystay Sdn Bhd mengawal pemprosesan data peribadi,
seperti yang dijelaskan dalam Notis Privasi ini, kecuali jika dinyatakan
sebaliknya. Mystay Sdn Bhd merupakan syarikat sendirian berhad yang
diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan mempunyai pejabat di Ajil
Trade Centre, Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Notis
Privasi ini, atau tentang pemprosesan data peribadi anda, sila hubungi Meja Perlindungan Data kami dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.
Untuk pertanyaan tentang tempahan, sila hubungi pasukan
khidmat pelanggan kami melalui laman hubungan khidmat pelanggan.
Notis Kuki
Setiap kali anda menggunakan perkhidmatan online atau app
kami, kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan online yang lain (di mana
kami juga merujuknya sebagai 'kuki' untuk tujuan Notis Kuki ini).
Kuki boleh digunakan dalam pelbagai cara, termasuk untuk
menjadikan laman web MyStay.my berfungsi, untuk menganalisis trafik, atau untuk
tujuan pengiklanan.
1. Apakah kuki dan teknologi penjejakan online yang lain?
Kuki browser web adalah fail teks kecil yang diletakkan
oleh laman web di browser web komputer atau peranti mobile anda.
Kuki ini menyimpan maklumat tentang kandungan yang anda
lihat dan berinteraksi untuk mengingat pilihan dan tetapan anda atau menganalisis
cara anda menggunakan perkhidmatan online.
Kuki dibahagikan kepada ëpihak pertamaí dan ëpihak
ketigaí:
- Kuki pihak pertama adalah kuki yang dibekalkan oleh pemilik domain ñ dalam kes kami, ia adalah MyStay.my. Sebarang kuki yang kami letakkan sendiri adalah ëkuki pihak pertamaí.
- Kuki pihak ketiga adalah kuki yang diletakkan di domain kami oleh rakan niaga yang dipercayai, yang telah kami pilih untuk membenarkannya. Ini boleh merupakan rakan niaga media sosial, rakan niaga pengiklanan, penyedia keselamatan dan banyak lagi.
Dan ia boleh termasuk sama ada ëkuki sesií atau ëkuki
kekalí:
- Sesi kuki hanya tersedia sehingga anda tutup browser anda, yang menamatkan apa dipanggil ësesií anda. Ianya kemudian dipadam.
- Kuki kekal mempunyai jangka hayat yang berbeza dan kekal di peranti anda selepas browser ditutup. Di platform MyStay.my, kami cuba untuk hanya membekalkan kuki kekal (atau membenarkan kuki kekal untuk dibekalkan oleh pihak ketiga) yang mempunyai jangka hayat yang terhad. Namun, atas sebab-sebab keselamatan, atau dalam keadaan luar biasa yang lain, kami kadang kala perlu memberikan kuki jangka hayat yang lebih lama.
Kuki browser web boleh menyimpan maklumat seperti alamat
IP anda atau pengecam lain, jenis browser anda, dan maklumat tentang kandungan
yang anda lihat dan berinteraksi di perkhidmatan digital. Dengan menyimpan
maklumat ini, kuki browser anda boleh mengingati pilihan dan tetapan anda untuk
perkhidmatan online serta menganalisis cara anda menggunakannya.
Selain kuki, kami juga menggunakan teknologi penjejakan
yang sangat serupa. Laman web kami, emel dan app mobile kami mungkin
mengandungi fail gambar kecil yang jelas atau baris-baris kod yang mencatat
cara anda berinteraksi dengannya. Ini termasuk ëisyarat webí, ëskripí, ëURL
penjejakaní atau ëkit pembangunan softwareí (dikenali sebagai SDK):
- Isyarat web mempunyai banyak nama yang berbeza. Ia juga boleh dikenali sebagai bug web, bug penjejakan, tag, tag web, tag laman, piksel penjejakan, tag piksel, GIF 1x1 atau GIF yang jelas.
Secara ringkasnya, isyarat ini merupakan imej grafik yang
kecil yang hanya mempunyai satu piksel yang boleh dihantar kepada peranti anda
sebagai sebahagian daripada permintaan laman web, dalam app, iklan atau mesej
emel HTML.
Ia boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada
peranti anda, seperti jenis peranti atau sistem operasi anda, alamat IP anda
dan waktu anda membuat kunjungan. Ia juga digunakan untuk berkhidmat dan
membaca kuki di browser anda atau untuk mencetus penggantian bagi kuki.
- Skrip adalah program komputer kecil yang terbenam dalam laman web kami yang memberikan pelbagai fungsi tambahan kepada laman tersebut. Skrip membolehkannya bagi laman web untuk berfungsi dengan betul. Sebagai contoh, skrip menguasakan ciri-ciri keselamatan tertentu dan membolehkan ciri-ciri interaktif yang asas bagi laman web kami.
Skrip juga boleh digunakan untuk tujuan analitik atau
pengiklanan. Sebagai contoh, skrip dapat mengumpul maklumat tentang cara anda
menggunakan laman web kami, seperti laman yang anda kunjungi atau carian anda.
- URL penjejakan adalah pautan yang mengandungi pengecam unik. Ini digunakan untuk menjejak laman web yang membawa anda ke laman web atau app MyStay.my yang anda gunakan. Contohnya adalah jika anda mengklik dari laman media sosial, enjin carian atau salah satu daripada laman web rakan niaga affiliate kami.
- Kit Pembangunan Software (SDK) adalah sebahagian daripada kod sumber app kami dan tidak seperti kuki browser, data SDK disimpan dalam penyimpanan app.
Ia digunakan untuk menganalisis cara app digunakan atau
untuk menghantar pemberitahuan push yang tersuai. Untuk melakukan sedemikian,
ia mencatat pengecam unik yang berkaitan dengan peranti anda, seperti ID
peranti dan alamat IP, serta aktiviti dalam app dan lokasi rangkaian anda.
Semua teknologi penjejakan ini dirujuk sebagai ëkukií
dalam Notis Kuki ini.
2. Bagaimanakah kuki digunakan?
Kuki digunakan untuk mengumpul maklumat, termasuk:
-
Alamat IP
-
ID peranti
-
Halaman yang dilihat
-
Jenis browser
-
Maklumat bagi pelayaran
-
Sistem operasi
-
Penyedia perkhidmatan internet
-
Cap waktu
-
Sama ada anda telah memberi respons kepada iklan
-
URL bagi laman web yang dipautkan ke MyStay.my
-
Ciri-ciri yang digunakan atau aktiviti yang
terlibat dalam laman web/app
Ia membenarkan anda untuk dikenal pasti sebagai pengguna
yang sama merentasi laman-laman web, merentasi peranti, antara laman web atau
apabila anda menggunakan app kami. Berkenaan tujuan, ianya dibahagikan kepada 3
kategori ñ kuki fungsian, kuki analitik dan kuki pemasaran.
Kuki fungsian
Kuki sedemikian diperlukan bagi laman web dan app kami
untuk berfungsi dan ia mesti diaktifkan supaya anda dapat menggunakan
perkhidmatan kami.
Kuki fungsian digunakan untuk mencipta laman web dan app
yang mesra pengguna dan maju dari segi teknologi. Ia dapat menyesuaikan secara
automatik kepada keperluan dan pilihan anda. Oleh itu, anda dapat melayari dan
menempah dengan mudah. Ini juga termasuk mengaktifkan ciri-ciri keselamatan dan
aksesibiliti yang penting.
Khususnya, kuki sedemikian:
-
Membolehkan laman web dan app kami untuk
berfungsi dengan betul agar anda boleh cipta akaun, log masuk dan urus tempahan
anda.
-
Mengingati mata wang dan tetapan bahasa yang
dipilih anda, carian anda yang lalu dan pilihan lain untuk bantu anda gunakan
laman web dan app kami secara cekap dan berkesan.
-
Mengingati maklumat pendaftaran anda agar anda
tidak perlu taip semula maklumat log masuk anda setiap kali anda kunjungi laman
web atau app kami. (Jangan bimbang, kata laluan anda akan sentiasa disulit.)
Kuki analitik
Kuki sedemikian mengukur dan menjejak bagaimana laman web
dan app kami digunakan. Kami menggunakan maklumat ini untuk tingkatkan laman
web, app dan perkhidmatan kami.
Khususnya, kuki sedemikian:
-
Membantu kami memahami bagaimana pengunjung dan
pelanggan seperti anda menggunakan MyStay.my dan app kami.
-
Bantu mempertingkat laman web, app dan
komunikasi kami untuk memastikan kami menarik dan relevan.
-
Membenarkan kami untuk ketahui ciri-ciri yang
baik dan apa yang boleh diperbaiki di laman web dan app kami.
-
Membantu kami memahami keberkesanan pengiklanan
dan komunikasi.
-
Menjelaskan kepada kami bagaimana pengguna
berinteraksi dengan laman web atau app kami setelah iklan online dipaparkan
kepada mereka, termasuk iklan di laman web pihak ketiga.
-
Membolehkan rakan niaga bisnes kami untuk
mengetahui sama ada pelanggan mereka menggunakan mana-mana tawaran penginapan
yang diintegrasikan ke dalam laman web mereka.
Data yang kami kumpulkan melalui kuki ini boleh termasuk
laman web yang telah anda lihat, halaman rujukan/keluar dari mana anda telah
masuk dan keluar, jenis platform yang telah anda gunakan, emel mana yang telah
anda buka dan telah lakukan tindakan, dan juga maklumat tarikh dan waktu. Ia
juga bermakna kami boleh menggunakan butiran tentang cara anda berinteraksi
dengan halaman atau app, seperti bilangan klik yang anda buat pada skrin
tertentu, pergerakan tetikus dan aktiviti scroll anda, perkataan carian yang
anda gunakan dan teks yang anda masukkan ke dalam pelbagai ruang.
Kuki pemasaran
Kuki sedemikian digunakan oleh MyStay.my dan rakan niaga
kami yang dipercayai untuk kumpulkan maklumat tentang anda dari semasa ke
semasa, merentasi berbilang laman web, app atau platform lain.
Kuki pemasaran membantu kami memutuskan produk,
perkhidmatan dan iklan berdasarkan minat untuk paparkan kepada anda, di laman
web atau app kami atau luar daripadanya.
Khususnya, kuki sedemikian:
-
Mengkategorikan anda mengikut profil minat
tertentu, contohnya, berdasarkan laman web yang anda kunjungi dan tingkah laku
klik anda. Kami gunakan profil sedemikian untuk memaparkan kandungan yang
disesuaikan (seperti idea pelancongan atau penginapan tertentu) di MyStay.my
atau laman web lain.
-
Memaparkan iklan yang disesuaikan dan
berdasarkan minat di laman web MyStay.my, app kami dan laman web lain. Ini
dipanggil ëretargetingí dan ia adalah berdasarkan pada aktiviti pelayaran anda,
seperti destinasi yang telah anda cari, penginapan yang telah anda lihat dan
harga yang telah ditunjukkan kepada anda. Ia juga boleh berdasarkan pada tabiat
membeli-belah anda atau aktiviti online yang lain.
-
Iklan ëretargetingí juga boleh dipaparkan kepada
anda sebelum dan selepas anda tinggalkan laman MyStay.my, oleh kerana tujuannya
adalah untuk menggalakkan anda untuk melayari atau kembali ke laman web kami.
Anda mungkin melihat iklan sedemikan di laman web, dalam app atau dalam emel.
-
Integrasikan media sosial ke dalam laman web dan
app kami. Ini membolehkan anda untuk ëlikeí atau kongsi kandungan atau produk
di media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, Pinterest,
Snapchat dan LinkedIn.
-
Butang ëlikeí dan ëkongsií sedemikian berfungsi
menggunakan kod daripada penyedia media sosial individu yang membenarkan kuki
pihak ketiga untuk diletakkan di peranti anda.
Kuki sedemikian adalah bersifat fungsian sepenuhnya.
Namun, ia juga boleh digunakan untuk menjejaki laman web yang anda kunjungi
daripada rangkaian mereka, membina profil bagi tingkah lagu pelayaran online
anda dan mempakarkan iklan yang disesuaikan kepada anda. Profil ini akan
sebahagiannya dibangunkan menggunakan maklumat setanding yang diterima oleh
penyedia daripada kunjungan anda ke laman web lain dalam rangkaian mereka.
Untuk baca selanjutnya tentang apa penyedia media sosial
lakukan dengan data peribadi anda, sila lihat Notis kuki dan/atau privasi
mereka: contoh: Facebook (termasuk WhatsApp, Instagram, Messenger dan Audience
Network). Sila maklum bahawa Notis sedemikian boleh dikemas kini dari semasa ke
semasa.
Kami bekerjasama dengan pihak ketiga yang dipercayai
untuk mengumpul data. Kadang kala, kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan
pihak ketiga ini, seperti alamat emel atau nombor telefon anda. Pihak ketiga
ini mungkin mengaitkan data anda dengan maklumat lain yang mereka kumpulkan untuk
mencipta membuat khalayak tersuai atau menghantar iklan yang disasarkan. Untuk
maklumat tentang bagaimana pihak ketiga ini memproses data anda, sila lihat
pautan berikut: Bagaimana Google menggunakan maklumat, polisi data Facebook.
Teknik bukan kuki ñ piksel emel
Kami juga mungkin menggunakan teknik, seperti piksel,
yang tidak kami tandakan sebagai kuki kerana mereka tidak menyimpan sebarang
maklumat di peranti anda.
Kami kadangkala meletakkan piksel dalam emel, seperti
surat berita. ëPikselí adalah fail elektronik dengan saiz satu piksel yang
diletakkan dalam emel dan dimuatkan semasa anda membukanya. Dengan menggunakan
piksel emel, kami dapat melihat jika mesej tersebut dihantar, jika dan bila
anda membaca mesej serta apa yang anda klik.
Kami juga menerima maklumat ini tentang pemberitahuan
push yang kami hantar kepada anda. Statistik sedemikian memberikan kami maklum
balas tentang tingkah laku pembacaan anda, yang kami gunakan untuk optimumkan
mesej kami dan membuat komunikasi kami lebih relevan untuk anda.
Apakah pilihan anda?
Untuk ketahui lebih lanjut tentang kuki dan cara untuk
mengurus atau memadamnya, sila layari allaboutcookies.org atau bahagian bantuan
bagi browser anda.
Dalam tetapan untuk browser seperti Internet Explorer,
Safari, Firefox atau Chrome, anda boleh memilih kuki yang mana untuk diterima
dan ditolak. Lokasi bagi tetapan ini adalah bergantung pada browser yang anda
gunakan.
Jika anda pilih untuk menyekat kuki fungsian yang
tertentu, anda mungkin tidak dapat menggunakan beberapa ciri bagi perkhidmatan
kami.
Di samping tetapan khusus yang kami mungkin tawarkan di MyStay.my
dan app, anda juga boleh pilih untuk keluar daripada kuki tertentu:
Analitik
Untuk mengelakkan Google Analytics daripada mengumpulkan
data analitik pada jenis browser tertentu, sila opt out fungsi Browser Add-on di
Google Analytics (hanya tersedia di desktop).
Pengiklanan
Peranti mobile anda mungkin membenarkan anda untuk
menghadkan perkongsian maklumat atas tujuan 'retargeting' melalui tetapannya.
Jika anda pilih untuk berbuat demikian, adalah baik untuk mengetahui bahawa
dengan memilih untuk keluar daripada rangkaian online, ia tidak bermakna anda
tidak lagi melihat atau tertakluk pada analisis pengiklanan atau pemasaran
online. Ia hanya bermakna rangkaian yang telah anda keluar akan berhenti
menghantar iklan yang disesuaikan kepada pilihan web dan corak pelayaran anda.
Beberapa laman web mempunyai ciri ëJangan Jejakí yang
membenarkan anda untuk maklumkan laman web tersebut agar tidak menjejaki anda.
Buat masa ini, kami tidak dapat menyokong tetapan browser ëJangan Jejakí.
Cara untuk hubungi kami
Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang Notis kuki ini,
sila hantar emel kepada dataprotectionoffice@mystay.my.
Notis kuki kami juga boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Jika pengemaskinian sedemikian adalah penting, relevan secara khususnya kepada anda, atau menjejas hak perlindungan data anda, kami akan menghubungi anda mengenainya. Walau bagaimanapun, kami menyarankan agar anda mengunjungi halaman ini untuk dapatkan maklumat terkini yang lain (kurang penting atau relevan).
MyStay.myô